OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

MAIS salur RM31,878 bantu mangsa banjir di Hulu Langat

MAIS salur RM31,878 bantu mangsa banjir di Hulu Langat

HULU LANGAT: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan berjumlah RM31,878 kepada 99 ketua keluarga yang terjejas banjir di Dusun Nanding dan Kampung Sungai Serai, di sini, hari ini.

Daripada jumlah itu, 54 keluarga di Dusun Nanding dan 45 keluarga di Kampung Sungai Serai menerima sumbangan berupa kotak makanan kering bernilai RM222 setiap keluarga, menggunakan peruntukan fidyah MAIS.

Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin, berkata, tinjauan yang dilakukan mendapati banyak rumah penduduk rosak selepas banjir yang melanda kawasan itu dua hingga tiga hari lalu.

“Ada rumah tenggelam separuh hingga paras lutut. Tilam, perabot dan pintu rosak.

“Sebab itu kami turun segera bersama agensi di bawah MAIS untuk membantu meringankan beban mangsa,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Rendah Agama (SRA) Dusun Nanding, hari ini.

Turut disalurkan ialah bantuan tambahan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berjumlah RM9,900, membabitkan RM100 kepada setiap penerima.

Beliau berkata, MAIS akan meneruskan pemberian bantuan kepada mana-mana keluarga yang masih belum dikenal pasti menerima bantuan.

“Jika ada keluarga yang terlepas atau belum memaklumkan, mereka boleh berhubung melalui ketua kampung. Kami mahu elak pertindihan penerima dan pada masa sama pastikan semua mangsa dibantu,” katanya.

Tambahnya, banjir kilat yang semakin kerap berlaku di kawasan rendah menuntut tindakan jangka pendek dan panjang daripada pihak berkuasa. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search