OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa banjir di Kedah terus meningkat, daerah Kubang Pasu paling ramai

Mangsa banjir di Kedah terus meningkat, daerah Kubang Pasu paling ramai

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 4,142 mangsa daripada 1,414 keluarga yang ditempatkan di 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat selepas sebuah PPS di daerah Pokok Sena dibuka hari ini di Dewan Serbaguna yang menempatkan seramai 145 mangsa daripada 47 keluarga.

Beliau berkata, penduduk yang terjejas dalam banjir di daerah itu adalah dari Mukim Derang yang membabitkan Kampung Baru, Kampung Bukit, Kampung Empa, Kampung Derang, Kampung Padang Menusu , Kampung Menerung dan Kampung Bukit Hijau.

Dalam pada itu, daerah Kubang Pasu mencatatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 2,435 mangsa daripada 897 keluarga di 15 PPS yang beroperasi setakat ini.

Kesemua mangsa banjir berkenaan masih ditempatkan di 15 PPS di daerah ini iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun; Masjid Al Ikhsan Changkat Setol; Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Batu 8; Dewan Kampung Tradisi; SK Binjal; Dewan Kodiang; Dewan Felda Batu 8; Dewan Kampung Tradisi Pahlawan.

Selain itu, sebahagian lagi mangsa di daerah itu ditempatkan di PPS SK Malau; Dewan Padang Sera; SK Sultan Ahmad Tajuddin; Masjid Abu Bakar Malau; Dewan Wawasan Jitra; SK Bukit Tinggi dan SK Padang Pekan.

“Di daerah Kota Setar pula, tiga lagi PPS baharu dibuka susulan tambahan mangsa banjir pagi tadi yang menjadikan keseluruhan mangsa di lima PPS daerah itu adalah seramai 1,562 orang daripada 470 keluarga.

“Tiga PPS baharu itu adalah SK Seri Perdana, SK Bukit Pinang, SK Sri Gunong manakala SK Taman Aman dan SK Taman Uda dibuka sejak semalam,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan laman web Info Public Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, enam sungai di negeri ini masih mencatatkan bacaan melepasi tahap bahaya.

Sungai terbabit adalah di daerah Kota Setar; Padang Terap; Pendang dan Kubang Pasu.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search