Sungai Golok di Rantau Panjang lepasi paras bahaya
- Admin UKK
- Berita
Kota Bharu: Paras air di tujuh sungai utama di Kelantan menunjukkan peningkatan dengan satu sungai utama melepasi paras bahaya pagi ini, iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang
Tiga sungai melepasi paras amaran dan tiga lagi sungai melepasi paras waspada. Menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Golok melepasi paras bahaya iaitu 9.13 meter (m).
Sungai Lanas di Kampung Air Lanas, Jeli, Sungai Golok di Kampung Jenob dan Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang melepasi paras amaran.
Sementara itu, Sungai Sungai Galas di Kampung Lembaga, Gua Musang; Sungai di Tok Bali dan sungai di Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh pula melepasi paras waspada.
