OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ribut Benjamin jejas perjalanan, penerbangan tergendala di Belanda

Ribut Benjamin jejas perjalanan, penerbangan tergendala di Belanda

THE HAGUE, 23 Okt: Ribut Benjamin melanda Belanda pada Khamis, menyebabkan gangguan perjalanan yang meluas, lapor Xinhua.

Institut Meteorologi Diraja Belanda (KNMI) mengeluarkan amaran “Kod Jingga”, iaitu amaran kedua tertinggi bagi wilayah pantai barat negara itu, dengan meramalkan tiupan angin kencang sehingga 120 km sejam.

Agensi itu memberi amaran mengenai risiko pokok tumbang, kerosakan harta benda serta gangguan di jalan raya dan pengangkutan awam.

Bagi perkhidmatan kereta api, pengendali Dutch Railways memaklumkan jadual perjalanan dikurangkan sambil memberi amaran tentang masa perjalanan yang lebih lama dan keperluan membuat pertukaran tren.

Bagi perjalanan udara, syarikat penerbangan utama Belanda, KLM, membatalkan puluhan penerbangan dari habnya di Lapangan Terbang Schiphol dan memberi amaran kemungkinan berlaku kelewatan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam turut menasihati semua penumpang supaya menyemak laman sesawang rasminya bagi mendapatkan maklumat terkini penerbangan sebelum melakukan perjalanan.

Menurut KNMI, angin kencang akibat Ribut Benjamin dijangka beransur reda sepanjang Jumaat. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search