OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

9 rumah PPR Seri Cempaka terjejas ribut

9 rumah PPR Seri Cempaka terjejas ribut

KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Pantai Dalam di sini rosak akibat kejadian ribut, petang semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata daripada jumlah itu, lima rumah di Tingkat 17 pangsapuri itu mengalami kerosakan serius, manakala empat lagi mengalami kerosakan ringan.

Menurutnya, empat daripada lima keluarga yang terkesan sudah berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Komuniti Lembah Pantai yang disediakan.

"Kesemua lima keluarga terbabit turut menerima bantuan awal berupa sumbangan tunai berjumlah RM1,000 serta ditawarkan penempatan di Rumah Transit Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Bagi empat keluarga lain yang hanya mengalami kerosakan kecil, pihak DBKL akan membantu urusan pembaikan segera di kediaman masing-masing.

"Selain itu, sebanyak 25 buah kenderaan penduduk turut dilaporkan mengalami kerosakan akibat dihempap serpihan bumbung," katanya selepas melawat kediaman mangsa terjejas di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Ismadi Sakirin.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan bersama DBKL akan mengambil langkah pantas untuk memastikan kebajikan penduduk terjamin termasuk kerja-kerja pembaikan segera.

"Kita jangka rumah yang paling teruk rosak mungkin memerlukan dua hingga tiga bulan untuk dibaiki bergantung kepada tahap kerosakan," katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzi dilaporkan berkata, bantuan awal RM5,000 disalurkan kepada setiap keluarga, di samping keperluan asas seperti tilam, bantal dan selimut serta semua keperluan sekolah yang rosak akan diganti segera.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search