OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Warga emas tertimbus dalam tanah runtuh di Penampang

Warga emas tertimbus dalam tanah runtuh di Penampang

PENAMPANG, 12 Sept: Seorang wanita cedera ringan manakala seorang lelaki berusia 97 tahun dilaporkan hilang selepas rumah mereka ditimbus tanah runtuh di Kampung Sarapung di sini, petang semalam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa wanita ditemui orang awam dalam keadaan stabil, manakala mangsa lelaki belum dijumpai.

“Pasukan bomba menghadapi kesukaran ke lokasi kerana laluan dinaiki air dan tanah runtuh. Anggota terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer sebelum sampai ke kawasan kejadian,” kata JBPM Sabah dalam kenyataan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung.

Penilaian awal mendapati jentera berat diperlukan untuk mengalihkan runtuhan dan pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah dimaklumkan.

Operasi SAR masih diteruskan setakat ini. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search