OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa rumah runtuh terima bantuan awal JKM Limbang

Mangsa rumah runtuh terima bantuan awal JKM Limbang

LIMBANG, 7 Sept: Mangsa rumah runtuh akibat tanah mendap susulan hujan lebat di Kampung Bakol semalam menerima bantuan awal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang, hari ini.

Bantuan tersebut disampaikan wakil JKM, Agnes Tegala kepada mangsa, Zakri Zainal bersama lima ahli keluarganya bagi meringankan beban sementara menunggu bantuan susulan.

“JKM akan menyalurkan bantuan seterusnya secara kredit ke akaun mangsa setelah siasatan lengkap dijalankan dan mangsa disahkan layak menerima bantuan penuh di bawah skim sedia ada,” kata Agnes.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang Sabtu, rumah mangsa roboh dalam sekelip mata akibat tanah runtuh. Bagaimanapun, ketika kejadian, mangsa dan keluarganya tidak berada di rumah.

Hujan lebat berterusan menyebabkan paras air naik mendadak dan melemahkan struktur tanah di kawasan berkenaan sehingga mengakibatkan kediaman itu runtuh sepenuhnya.-TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search