Insurans rumah kritikal
- Admin UKK
- Berita
PERSATUAN Insurans Am Malaysia (PIAM) melihat insurans pemilik rumah dan isi rumah sebagai perlindungan kewangan yang semakin kritikal ketika risiko gempa bumi dan banjir menunjukkan peningkatan.
Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon berkata, polisi komprehensif itu menawarkan perlindungan terhadap kebakaran serta risiko lain seperti gempa bumi, banjir dan ribut, sekali gus mengukuhkan daya tahan kewangan pemilik kediaman.
Katanya, kejadian gempa bumi turut dirasai di Sabah dan beberapa kawasan di Semenanjung baru-baru ini menjadi peringatan bahawa Malaysia tidak terkecuali daripada risiko bencana alam, termasuk banjir dan ribut kuat.
"Pemilik rumah wajar menilai semula perlindungan insurans mereka, memandangkan kenaikan nilai hartanah dan ketidaktentuan iklim semakin menambah risiko terhadap kediaman.