OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi Segamat: Petronas Gas sahkan tiada kesan ke atas operasi paip gas

Gempa bumi Segamat: Petronas Gas sahkan tiada kesan ke atas operasi paip gas

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Petronas Gas Bhd (PGB) mengesahkan semua infrastruktur dan kemudahan saluran paip gas di kawasan yang dilanda gempa bumi kecil berhampiran Segamat, Johor awal pagi tadi kekal selamat sepenuhnya dan beroperasi seperti biasa.

“Sejurus menerima makluman mengenai gegaran itu, pasukan teknikal dan wilayah kami segera melaksanakan protokol keselamatan standard yang sedia ada bagi menghadapi kejadian seumpama ini di seluruh wilayah selatan,” kata syarikat minyak dan gas itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai sebahagian daripada prosedur yang ditetapkan, PGB berkata pemeriksaan telah dijalankan di Stesen Pemampat Segamat, Stesen Kawalan Segamat dan di sepanjang laluan saluran paip yang berkaitan.

Sehubungan itu, tiada sebarang kelainan atau gangguan dikesan katanya.

“Pemantauan secara langsung melalui sistem kawalan penyeliaan dan pemerolehan data (Scada) kami juga mengesahkan tahap tekanan dan parameter operasi kekal stabil,” katanya.

PGB berkata pihaknya mengekalkan komunikasi aktif dengan pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi mendapatkan maklumat terkini secara berterusan.

“Kami akan terus mengutamakan keselamatan orang awam dan operasi kami sambil melaksanakan pemantauan yang rapi dan bersiap sedia untuk bertindak sekiranya keadaan berubah,” tambahnya.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata berlakunya gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 di Segamat, Johor pada 6.13 pagi tadi dan turut dirasai penduduk di Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search