OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Empangan Bukit Merah kritikal, bekalan air ke sawah padi dihentikan - JPS Perak

Empangan Bukit Merah kritikal, bekalan air ke sawah padi dihentikan - JPS Perak

KUALA LUMPUR: Paras air di Empangan Bukit Merah, Perak, dilaporkan masih berada pada tahap kritikal dan mencapai status 'aras henti bekalan pengairan', sekali gus menjejaskan kelancaran bekalan air ke kawasan sekitar.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak dalam hantaran di Facebook, berkata setakat semalam, bacaan paras air mencatat 6.17 meter seperti ditetapkan prosedur operasi standard (SOP) pengendalian empangan dengan baki simpanan air sebanyak 8.0351 juta meter padu (14.75 peratus).

Katanya, keadaan itu memaksa bekalan air ke sawah padi dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada pembekalan air mentah kepada penduduk sekitar.

"Kita berharap semua pihak mendoakan hujan segera bagi menambah simpanan air empangan yang dapat memulihkan bekalan pengairan ke sawah padi semula," katanya.

Sebelum ini bacaan air Empangan Bukit Merah mencatatkan peningkatan daripada 6.03 meter kepada 6.096 meter sehari selepas Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan yang menghasilkan hujan di beberapa kawasan terbabit.

JPS Perak memaklumkan, kapasiti simpanan empangan turut meningkat daripada 6.65 juta meter padu (12.2 peratus) kepada 7.25 juta meter padu (13.31 peratus).
 

Bagaimanapun, status semasa empangan masih di tahap aras henti bekalan pengairan seperti ditetapkan dalam SOP sedia ada.

Peningkatan simpanan kolam empangan itu sedikit sebanyak membantu memanjangkan tempoh bekalan air bagi keperluan domestik, namun bekalan air bagi tujuan pengairan ke Rancangan Pengairan Kerian masih belum dapat dimulakan semula.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search