Gempa bumi 6.4 magnitud landa Papua, tiada amaran tsunami dikeluarkan
- Admin UKK
- Berita
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan kawasan 27 kilometer (km) tenggara Kabupaten Sarmi, wilayah Papua, Indonesia pada 3.24 petang waktu Jakarta pada hari ini, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), lapor Xinhua.
Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 13km dengan pusat gempa dikesan pada 1.90 darjah latitud selatan dan 138.99 darjah longitud timur.
BMKG memaklumkan tiada potensi tsunami. Setakat ini tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.