OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

MTES bincang bantuan sewa rumah mangsa Putra Heights

MTES bincang bantuan sewa rumah mangsa Putra Heights

SHAH ALAM: Isu bantuan kepada mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya termasuk lanjutan pembiayaan sewa rumah akan dibincang dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada Jumaat ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri juga akan meneliti kembali kemajuan kerja pembinaan semula dan baik pulih rumah mangsa supaya gerak kerja terus berjalan lancar.

“Sebagaimana saya maklumkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini, proses itu akan siap Oktober. Memang ia akan ambil sedikit masa sebab bergantung kepada tahap kerosakan tapi kalau kerja (pembinaan) perlahan, kita semak balik.

“Dewan (Persidangan DUN Selangor) tempoh hari juga saya maklumkan kerja-kerja itu pada tahap 22 hingga 24 peratus berjalan, dijalankan Syarikat Perumahan Negera Berhad (SPNB), manakala di Kampung Kuala Sungai Baharu kerja pembinaan adalah lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) Selangor yang dipengerusikan bersama dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz di Dewan Jubli Perak di sini hari ini

Dalam pada itu, Amirudin turut menafikan terdapat perbezaan bantuan diterima antara mangsa di Kampung Kuala Sungai Baharu dan Taman Putra Heights, sebaliknya memaklumkan ia berdasarkan kadar kerosakan mengikut siling yang ditetapkan.

“Rumah (mangsa) di Putra Heights ada rosak keseluruhan. Kita ada beberapa kategori, rumah yang total lost (rosak sepenuhnya) hingga RM300,000, kerosakan kecil hingga RM60,000. Antara kedua-duanya itu pula ada proses-proses tertentu, tidak ada bezanya,” katanya - BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search