OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

14 rumah, empat kedai musnah dalam kebakaran di Pantai Dalam

14 rumah, empat kedai musnah dalam kebakaran di Pantai Dalam

KUALA LUMPUR — Sebanyak 14 rumah dan empat kedai musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Pantai Dalam, di sini, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.11 malam dan berkejar ke tempat kejadian dengan kekuatan 36 anggota.

Kejadian itu, kata Bomba berlaku berhadapan stesen Komuter KTM, Jalan Pantai Dalam, melibatkan rumah setinggan dan merebak ke empat kedai termasuk Mydin Mart.

Kebakaran itu, katanya, berjaya dikawal pada jam 1.49 pagi.

“Seramai 36 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan bantuan dari Hang Tuan, Seputeh dan Sri Hartamas.

“Keluasan kebakaran kedai adalah 200 X 120 kaki persegi dan kedai Mydin Mart bahagian atas tingkat satu terbakar 90% manakala tingkat bawah 20%.

“Tiga lagi kedai mengalami kebakaran sebanyak 90%,’’ katanya.

Bomba juga memberitahu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan. – 8 Ogos, 2025

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search