OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

2 gempa bumi melebihi 5 magnitud landa Iran

2 gempa bumi melebihi 5 magnitud landa Iran

KAHERAH: Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan utara dan tengah Iran sekitar 12.30 tengah malam (2137 GMT) pada Sabtu, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.

Pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km), pada awalnya ditentukan terletak pada latitud 36.72 darjah utara dan longitud 55.10 darjah timur, menurut pusat berkenaan.

Satu lagi gempa bumi berukuran 5.4 magnitud menggegarkan kawasan 31 km ke timur perkampungan Qarnabad di timur laut Iran kira-kira 12.30 tengah malam (2137 GMT), menurut laporan itu.
 
Pusat gempa dengan kedalaman 10 km, pada awalnya ditentukan terletak pada latitud 36.84 darjah utara dan longitud 54.94 darjah timur, tambahnya.
 
-- BERNAMA
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search