OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

10 maut jambatan runtuh di Gujarat, India

10 maut jambatan runtuh di Gujarat, India

NEW DELHI, 9 Julai: Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas kenderaan terjunam ke dalam sungai apabila sebuah jambatan runtuh di negeri Gujarat, barat India, pada Rabu.

Jambatan Gambhira di Sungai Mahi itu menghubungkan daerah Vadodara dan Anand.

Beberapa trak dan kereta terjunam ke dalam sungai apabila sebahagian daripada jambatan berusia empat dekad itu runtuh.

Sepuluh orang terkorban dalam kejadian itu, manakala ramai lagi berjaya diselamatkan dari sungai, menurut laporan media tempatan. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search