OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kerajaan kelulus peruntukan RM6.6 juta baiki cerun runtuh di Tanah Merah

Kerajaan kelulus peruntukan RM6.6 juta baiki cerun runtuh di Tanah Merah

KOTA BHARU: Kelantan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan susulan kelulusan peruntukan bernilai RM6.6 juta bagi membaik pulih ceruh runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, Tanah Merah.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata insiden itu berlaku pada 26 November tahun lepas akibat hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah sepanjang 130 meter dan mengakibatkan kerosakan struktur cerucuk keping di LRA berkenaan.

Beliau berkata antara kerosakan lain yang terjejas termasuk paip air mentah dan terawat pecah serta mengancam bangunan penting seperti bilik klorin, tangki bahan kimia dan sub stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kerajaan Kelantan sekali lagi membuktikan komitmen terhadap kebajikan rakyat apabila bertindak pantas mengemukakan permohonan kepada kerajaan Persekutuan bagi menangani insiden cerun runtuh di LRA Bukit Remah, Tanah Merah.

“Menerusi insiden itu kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan keseluruhan berjumlah RM235,000 bagi pelaksanaan dua kajian oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), iaitu Kajian Siasatan Tanah (Sl) dan Kajian Ukur Terperinci di tapak LRA berkenaan,“ katanya di Facebook, semalam..

Kerajaan Kelantan merakamkan setinggi-tinggi perhargaan terhadap kelulusan yang amat bermakna buat rakyat itu sekali gus bagi memastikan masalah berkenaan dapat diatasi segera.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search