OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kes letupan paip gas Putra Heights diklasifikasikan NFA - Polis

Kes letupan paip gas Putra Heights diklasifikasikan NFA - Polis

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Polis bersedia membuka semula siasatan pada bila-bila masa sekiranya menerima sebarang keterangan baharu berkaitan insiden letupan saluran gas Putra Heights, Subang Jaya, 1 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

"Siasatan dijalankan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau sabotaj, jadi kita klasifikasikan kes itu sebagai NFA.

"Sekiranya ada bukti ataupun keterangan baru yang boleh membantu pihak polis, kita akan buka semula siasatan itu," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Selasa.

 

Hussein berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan untuk menyalurkannya ke pihak polis.

Polis sebelum ini mengesahkan tiada sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian dikenal pasti sehingga boleh menyebabkan kerosakan kepada paip gas dan mencetuskan letupan dalam insiden di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas.

Hussein berkata, rumusan berkenaan diperoleh hasil siasatan teknikal yang dilakukan susulan insiden letupan saluran paip gas bawah tanah itu.

Jelas beliau, pembinaan lot kedai pejabat dan penggantian paip pembentung di kawasan kejadian mengikut garis panduan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Petronas.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search