OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran kilang di Kota Puteri, pemilik tanah akan diambil tindakan

Kebakaran kilang di Kota Puteri, pemilik tanah akan diambil tindakan

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik tanah yang menyewakan tapak kepada lima premis kilang tidak berlesen di Jalan Cenderai, Taman Kota Puteri, Masai, terbabit kebakaran besar akhir bulan lalu.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata pihaknya dan beberapa agensi berkaitan telah mengenal pasti pelanggaran terhadap undang-undang tanah, alam sekitar, keselamatan, pelesenan dan pengurusan sisa.

Tanah 1,000 meter persegi itu disewakan kepada lima premis tidak berlesen. "Hanya satu kilang di situ, iaitu kilang penyimpanan minyak sawit memiliki yang ada lesen.

"Lima kilang ini menyewa dengan pemilik tanah. Kawasan premis kilang ini tiada pelan dan bangunan sementara yang ada cuma kabin dan bangsal. Semua premis walaupun sementara kena mohon pelan dan perlu berlesen," katanya dalam sidang media di Menara MBJB, hari ini.

MBJB melakukan tindakan awal dengan membantu membina kolam takungan dalam kawasan kebakaran bagi menampung minyak daripada memasuki longkang sekitar lokasi.

Pada 21 Jun lalu, tiga kilang dan 15 kenderaan musnah dalam kebakaran membabitkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, berhampiran Taman Megah Ria, dekat Pasir Gudang.

Premis berkenaan termasuk kilang penyimpanan minyak pelincir terpakai, kilang pemprosesan sabun dan kawasan parkir lori.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search