OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Korban tanah runtuh di Colombia kini 11 orang, 15 masih hilang

Korban tanah runtuh di Colombia kini 11 orang, 15 masih hilang

COLOMBIA: Angka korban kejadian tanah runtuh di bandar Bello yang terletak di barat laut Colombia meningkat kepada 11 orang dengan 15 lagi masih hilang.

Arahan pemindahan dan usaha menyelamat masih diteruskan sehari selepas kejadian tersebut, dengan pegawai kerajaan memberi amaran hujan lebat menjadi ancaman berterusan di kawasan sekitar Medellin, bandar kedua terbesar di Colombia.

Hujan lebat menimbulkan risiko tinggi ke atas rumah sementara penduduk yang dibina di cerun bukit yang boleh menjadi tidak stabil semasa tempoh hujan berterusan. Kebiasaannya, golongan miskin di negara itu yang tinggal di kawasan berbahaya ini dengan ramai antara mereka adalah pelarian akibat konflik di kawasan luar bandar Colombia dan mencari perlindungan di bandar.

Dewan Bandaraya Medellin turut mengeluarkan arahan berpindah bagi kawasan Villatina, yang juga terletak di pinggir Medellin dengan menyatakan bahawa 23 bangunan akan dirobohkan kerana berisiko runtuh. Arahan tersebut dibuat berdasarkan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada akhir Mei dan risiko akibat struktur bangunan yang bertambah buruk akibat hujan lebat baru-baru ini.

Sekitar 60 buah rumah juga diarahkan untuk dikosongkan di Medellin yang mengalami kerosakan semasa ribut yang melanda baru-baru ini. – AL JAZEERA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search