OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Taufan Erick meningkat ke kategori 3, ancam pantai Pasifik Mexico

Taufan Erick meningkat ke kategori 3, ancam pantai Pasifik Mexico

ACAPULCO: Taufan Erick telah meningkat kepada ribut Kategori 3 yang berbahaya ketika ia menghampiri pantai selatan Mexico, membawa angin kencang, hujan lebat dan risiko banjir kilat serta tanah runtuh di beberapa negeri pesisir.
 
Menurut Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC), Erick kini mencatat kelajuan angin berterusan sehingga 195 km/j dan terletak kira-kira 90 kilometer di selatan-selatan barat Puerto Ángel.
 
Ribut ini dijangka mendarat awal pagi Khamis waktu tempatan, dengan laluan yang membawa pusatnya berhampiran bandar peranginan Acapulco.
 
Pihak berkuasa tempatan telah menggesa penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai di negeri Oaxaca dan Guerrero untuk berpindah ke pusat perlindungan.
 
Lebih 2,000 pusat perlindungan sementara telah dibuka, dan ratusan anggota tentera serta pekerja utiliti telah dikerahkan sebagai persediaan menghadapi bencana.
Presiden Claudia Sheinbaum menyeru rakyat agar mematuhi arahan keselamatan dan tidak memandang ringan ancaman ribut ini.
 
Acapulco, yang masih dalam proses pemulihan selepas dilanda Taufan Otis pada 2023, kini bersiap siaga menghadapi kemungkinan kerosakan besar.
 
Ramalan cuaca menunjukkan hujan lebat sehingga 40 sentimeter boleh melanda kawasan terjejas, dengan risiko tinggi tanah runtuh di kawasan berbukit.
Amaran taufan telah dikeluarkan dari Acapulco hingga Puerto Ángel, dan semua sekolah di Guerrero telah ditutup.
 
 
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search