OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi 6.1 magnitud landa perairan timur Hokkaido

Gempa bumi 6.1 magnitud landa perairan timur Hokkaido

TOKYO – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan perairan Semenanjung Nemuro di timur Hokkaido, Jepun, pagi Khamis, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Gegaran berlaku pada jam 8.08 pagi waktu tempatan (2308 GMT Rabu) di kawasan cetek luar pesisir tenggara semenanjung tersebut.

JMA memaklumkan, gempa itu mungkin menyebabkan perubahan kecil pada paras air laut di sepanjang pantai timur Lautan Pasifik Hokkaido, namun tiada risiko kerosakan atau amaran tsunami dikeluarkan setakat ini. – Agensi

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search