OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ribut tropika dikesan di barat laut Kudat, cuaca dijangka lebih kering

Ribut tropika dikesan di barat laut Kudat, cuaca dijangka lebih kering

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu ribut tropika telah dikesan kira-kira 1,402 kilometer ke barat laut Kudat Sabah, yang berpotensi menyebabkan cuaca lebih kering dan kurang hujan di rantau negara.

Dalam satu notis Nasihat Ribut Tropika yang dikeluarkan petang tadi, MetMalaysia menjelaskan ribut tersebut sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan sekitar lima kilometer sejam (km/j), manakala kelajuan angin maksimum dicatatkan pada 83 km/j.

Berdasarkan pencerapan pada pukul 5 petang, pusat ribut tropika itu berada pada kedudukan latitud 17.5 darjah utara dan longitud 109.8 darjah timur, iaitu kira-kira 231 kilometer dari timur laut Da Nang, Vietnam.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perkembangan terkini cuaca melalui saluran rasmi MetMalaysia serta sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga," menurut MetMalaysia.

 

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search