OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Cuaca panas, angin kencang diramal landa Tanah Suci pada musim haji

Cuaca panas, angin kencang diramal landa Tanah Suci pada musim haji

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji tahun ini, 1446 Hijrah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Suhu maksimum dijangka antara 40 hingga 47 darjah Celsius, manakala suhu minimum dijangka sekitar 27 hingga 32 darjah Celsius. Kelembapan pula dijangka antara 15 hingga 60 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat itu Dr Ayman Ghulam berkata angin semasa musim haji dijangka bertiup dari arah utara ke barat laut dengan kelajuan antara 25–35 km/j. Angin ini berpotensi membawa debu dan mengurangkan jarak penglihatan mendatar, terutamanya di kawasan terbuka dan lebuh raya.

Selain itu, terdapat kemungkinan pembentukan ribut petir di kawasan tanah tinggi Taif, yang boleh menjejaskan kawasan tanah suci antara 8 hingga 13 Zulhijah. Ribut ini mungkin disertai dengan angin kencang yang boleh menyebabkan penyebaran debu dan pasir secara meluas. – BERNAMA-SPA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search