OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

JBPM Kelantan terima empat pam air, tingkat kesiapsiagaan hadapi jerebu dan kebakaran

JBPM Kelantan terima empat pam air, tingkat kesiapsiagaan hadapi jerebu dan kebakaran

KOTA BHARU, 26 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima empat unit pam air berkapasiti tinggi sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi musim jerebu dan kebakaran terbuka.
 
Pengarahnya, Farhan Sufyan Borhan berkata pam air yang diterima pada hujung tahun lalu itu membantu memperkukuh keupayaan operasi pemadaman di kawasan yang dikenal pasti sering terlibat dalam kebakaran terbuka setiap tahun.
 
Katanya, pam tersebut direka khusus untuk operasi kebakaran hutan dan tanah gambut yang memerlukan bekalan air dalam kuantiti besar dan tekanan tinggi.

"Pada akhir tahun 2024 kita telah menerima pump untuk kesiapsiagaan kita untuk menghadapi musim jerebu, kita terima empat pump kapasiti besar untuk fokus kebakaran api hutan," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Tunjong, di sini.
 
Farhan Sufyan berkata, empat unit pam air berkapasiti tinggi tersebut ditempatkan di empat balai utama yang mencatatkan jumlah panggilan kebakaran terbuka tertinggi, iaitu di Bachok, Tunjong, Pasir Puteh serta Tanah Merah.
 
Tambahnya, penempatan pam air itu juga merupakan sebahagian daripada persiapan rapi JBPM Kelantan menjelang musim panas dan jerebu yang dijangka bermula antara Julai hingga September meskipun tumpuan ramalan jerebu tertumpu di kawasan Pantai Barat.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search