OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Bangunan runtuh: 11 maut, tujuh cedera di Senegal

Bangunan runtuh: 11 maut, tujuh cedera di Senegal

DAKAR, 27 Mei- Seramai 11 orang disahkan maut manakala tujuh lagi cedera selepas sebuah bangunan tiga tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh di bandar Touba, Senegal, semalam.

Kejadian berlaku ketika kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.

Pengarah Kebangsaan Pembinaan, Moussa Tine, dalam kenyataannya kepada media tempatan memaklumkan insiden berpunca daripada kegagalan mematuhi piawaian serta peraturan pembinaan yang ditetapkan.

Touba, yang terletak di tengah Senegal, kini pesat membangun daripada segi kepadatan penduduk dan pembangunan infrastruktur.

Bagaimanapun, sebahagian besar projek pembinaan di kawasan berkenaan dikenal pasti dijalankan tanpa kelulusan rasmi serta tidak mematuhi spesifikasi keselamatan, sekali gus meningkatkan risiko kejadian seperti itu.

Untuk rekod, kejadian runtuhan bangunan sering berlaku di Senegal.

Awal Mei lalu, dua nyawa terkorban dalam insiden di ibu negara Dakar, manakala pada Januari 2024, tujuh lagi maut dalam kejadian sama.

Pada Julai 2023, lima orang terbunuh di Guinea apabila dua bangunan yang masih dalam pembinaan runtuh.- AFP

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search