OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

13 rumah, 4 kedai rosak di Hulu Langat dilanda ribut

13 rumah, 4 kedai rosak di Hulu Langat dilanda ribut

Hulu Langat: Sekurang-kurangnya 13 rumah dan empat kedai membabitkan beberapa kampung di daerah ini mengalami kerosakan akibat ribut petang tadi.

Ketua Kampung Kampung Batu 16, Dusun Tua, Md Gadapi Ahmad Harmain berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6 petang selepas hujan lebat melanda kawasan terbabit.

 

Menurutnya, enam rumah rosak membabitkan Kampung Batu 16, Dusun Tua dan Kampung Kenanga.

"Di Taman Desa Sentosa pula dua rumah terbabit, disusuli tiga rumah di Kampung Bukit Kundang, manakala di Kampung Tengah membabitkan dua rumah dan empat kedai mengalami kerosakan.

"Sementara itu, kira-kira 10 pokok tumbang dalam kejadian ribut petang tadi," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, mangsa yang mengalami kerosakan rumah ada yang menumpang di rumah jiran sementara waktu.

"Kita sedang membuat bancian bagi mengetahui jumlah sebenar mangsa yang terjejas," katanya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search