OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi 5.5 skala Richter landa Tibet

Gempa bumi 5.5 skala Richter landa Tibet

BEIJING: Gempa bumi berukuran 5.5 skala Richter menggegarkan wilayah Tibet awal hari ini, menurut Pentadbiran Gempa Bumi China (CEA).

Menurut laporan Reuters, gempa bumi melanda Shigatse pada pukul 5.11 pagi waktu tempatan, pada kedalaman 10 kilometer (km).

CEA berkata, pihak berkuasa menghantar perkhidmatan respons kecemasan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Januari lalu, lebih 120 maut dalam gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter yang melanda daerah Tingri Tibet, sekitar 240 km dari Shingatse.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search