OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ribut petir landa lima negeri petang ini

Ribut petir landa lima negeri petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang bakal melanda di lima negeri sehingga pukul 3 petang hari ini.

Menerusi kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu diramal berlaku di kawasan Terengganu iaitu daerah Dungun dan Kemaman.

 
“Di Johor, cuaca sama dijangka berlaku di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi, manakala Pahang membabitkan Kuantan dan Rompin,” katanya.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk itu juga dijangka tertumpu di Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang di Sarawak, manakala di Sabah, kawasan yang tertumpu ialah Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

 

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang ramai diingati untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di luar rumah semasa ribut petir melanda. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search