OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

11 terbunuh dalam insiden bangunan kediaman runtuh di ibu negara India

11 terbunuh dalam insiden bangunan kediaman runtuh di ibu negara India

NEW DELHI, 19 April: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala 11 lagi cedera selepas sebuah bangunan empat tingkat runtuh di timur laut Delhi pada pagi Sabtu.

Tragedi itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi di kawasan Mustafabad, yang terletak di bahagian ibu negara India yang padat dengan penduduk.

Seorang pegawai Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF), yang anggotanya dikerahkan ke lokasi, menyifatkan kejadian itu sebagai “runtuhan lapis ke lapis”, iaitu keadaan apabila setiap tingkat bangunan runtuh terus ke atas tingkat di bawahnya.

“Kami sangka mungkin sesuatu melanggar rumah kami tetapi apabila menjenguk keluar, keseluruhan bangunan sebelah sudah menjadi timbunan runtuhan,” kata seorang jiran seperti dipetik dalam laporan media tempatan.

— TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search