OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud landa timur Afghanistan

Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud landa timur Afghanistan

KABUL, 16 April (Bernama-Xinhua) – Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda wilayah Nuristan di timur Afghanistan pada pagi Rabu, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menurut Xinhua.

Menurut USGS, gempa bumi melanda Parun City, ibu negeri wilayah Nuristan, pada 3:43 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak pada kedudukan 35.95 darjah latitud utara dan 70.56 darjah longitud timur, dengan kedalaman 99 km.

Nuristan ialah wilayah terpencil dan bergunung-ganang yang bersempadan dengan Pakistan. Disebabkan akses terhad kepada Internet dan telekomunikasi, masih tiada laporan mengenai mangsa dan kerosakan akibat bencana itu.

– BERNAMA-XINHUA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search