OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir kilat di Taman Siakap tidak libat mangsa

Banjir kilat di Taman Siakap tidak libat mangsa

SEBERANG PERAI – Kejadian banjir kilat di Lorong Siakap 12, Seberang Jaya di sini pagi tadi dilaporkan tidak melibatkan mangsa namun keadaannya dipantau bagi mengelak sebarang kejadian berlaku.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat di lokasi perumahan terbabit kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

 Menurutnya, operasi pemantauan banjir melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

Menurutnya, sebaik pasukan di tempat kejadiaan mendapati kejadian banjir kilat berlaku dengan kedalaman air pada paras 0.5 kaki (paras betis).

“Banjir kilat tidak melibatkan mangsa dan tidak memerlukan bantuan orang awam. Operasi tersebut telah ditamatkan dan memastikan tiada lagi kemerbahayaan di lokasi kejadian.

“Keadaan air dilaporkan telah beransur surut pagi tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan beberapa kawasan sekitar Sungai Pinang di sini turut dilanda banjir kilat awal pagi tadi selepas hujan lebat berterusan lebih dari sejam.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan P. Ramlee dan Kampung Masjid, yang menyaksikan limpahan air sehingga memasuki beberapa rumah penduduk. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search