OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir kilat sebabkan Lebuhraya Pasir Gudang sesak

Banjir kilat sebabkan Lebuhraya Pasir Gudang sesak

JOHOR BAHRU:  Hujan lebat hampir dua jam sejak pukul 4.30 petang tadi mengakibatkan banjir kilat setinggi 0.5 meter di Lebuhraya Pasir Gudang, berhampiran persimpangan bertingkat Taman Rinting, di sini.

Bah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas arah ke Permas Jaya hampir satu kilometer apabila banyak kenderaan ringan terpaksa berhenti di tepi jalan dan sebahagiannya menukar haluan ke Taman Rinting.

Utusan Malaysia difahamkan, kawasan berkenaan sering dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat berikutan saluran air yang menuju ke longkang berdekatan tersumbat dan tidak diselenggara dengan baik.

Beberapa pengguna jalan raya yang ditemui melahirkan rasa kecewa dan berharap pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang, terutamanya ketika waktu puncak.

Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Jai meminta pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera demi keselamatan orang ramai.

Sehingga pukul 6.30 petang, air masih bertakung di beberapa laluan dan aliran kenderaan semakin meningkat sehingga berlaku kesesakan. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search