OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi 5.6 skala Richter landa Myanmar, tiada kerosakan dilaporkan

Gempa bumi 5.6 skala Richter landa Myanmar, tiada kerosakan dilaporkan

ANKARA, 13 April: Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada Ahad, namun tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).

Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar menyatakan kekuatan sebenar gegaran pada 5.5 skala Richter, lapor Anadolu Ajansi (AA).

EMSC melaporkan pusat gempa terletak kira-kira 14.5 kilometer timur laut bandar Wundwin, dalam wilayah Mandalay, dengan kedalaman 35 kilometer (21.7 batu).

Negara Asia Tenggara itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda wilayah tengah, kawasan yang dihuni oleh 17 juta penduduk pada 28 Mac lalu.

Kira-kira 3,649 orang terkorban, 5,018 cedera dan 145 lagi masih hilang akibat bencana itu.

Sejak 28 Mac, sebanyak 89 gegaran susulan direkodkan di Myanmar, menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi negara itu. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search