OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

SPNB bina semula kediaman musnah

SPNB bina semula kediaman musnah

Kuala Lumpur: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina semula 81 kediaman yang musnah sepenuhnya dalam insiden kebakaran dan letupan saluran paip gas di Putra Heights dengan kos dibiayai oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Mohd Jamil Idris berkata, daripada jumlah itu, 48 unit membabitkan kediaman di Taman Putra Harmoni manakala 33 lagi di Kampung Kuala Sungai Baru.

Katanya, pembinaan semula itu dilaksanakan menerusi Pelan Tindakan Pemulihan dan Pembinaan Semula yang diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, kelmarin.

Bagaimanapun, model kediaman yang akan dibina masih belum dimuktamadkan.

“Apabila kajian penuh SPNB dikeluarkan minggu depan, sebelum pelaksanaan dimulakan, kami akan berjumpa dengan pemilik rumah atau tuan tanah terlebih dahulu.

“Pertemuan itu bagi mendapatkan persetujuan mereka (penduduk dan pemilik rumah), sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan cadangan pembinaan semula itu,” katanya secara eksklusif kepada Buletin TV3.

Sebelum pelaksanaan dimulakan, kami akan membuat perjumpaan dengan pemilik rumah atau tuan tanah terlebih dahulu”

Setakat ini, tiga mesyuarat pengurusan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta agensi terlibat telah diadakan, selain beberapa siri lawatan ke lokasi.

Beliau memaklumkan beberapa kontraktor akan dibawa ke tapak kejadian esok untuk mengemukakan pandangan dan cadangan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search