OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

8 kampung terjejas banjir termenung

8 kampung terjejas banjir termenung

BATU PAHAT- Seramai 326 mangsa banjir dari lapan kampung di daerah ini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, sejak Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN), Tan Sri Azmi Rohani berkata, 109 keluarga terjejas sehingga pukul 8 pagi hari ini berbanding 326 mangsa daripada 108 keluarga semalam.

“Ini melibatkan Kampung Baharu, Kampung Parit Bekok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Haji Salleh Ros, Kampung Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Samian” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, Sungai Senggarang, Senggarang di sini sudah melepasi paras amaran 3.25 meter.

Ujarnya, Sungai Batu Pahat pula yang berada di dua lokasi berada pada paras waspada 2.30 meter dan 5.34 meter.-KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search