OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi landa utara Sumatera

Gempa bumi landa utara Sumatera

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di bahagian utara Sumatera, Indonesia pukul 3.49 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi itu direkodkan pada ukuran 5.6 magnitud.

Katanya, ia berpusat pada koordinat 2.0° Utara dan 96.7° Timur, iaitu sekitar 125 kilometer ke tenggara Simeulue, Indonesia.

“Kedalaman gempa dianggarkan sekitar 32 kilometer di bawah permukaan bumi.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk maklumat sahih daripada MetMalaysia melalui saluran rasmi seperti laman sesawang mygempa.met.gov.my, media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi mudah alih MyCuaca. – MalaysiaGazette

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search