OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Semenanjung mulai Khamis

Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Semenanjung mulai Khamis

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa 11 hingga 12 April.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, dijangka berlaku di kedua-dua kawasan perairan itu dalam tempoh berkenaan dan keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

"Angin barat laut juga dijangka bertiup kencang dan menumpu di utara Semenanjung bermula 10 hingga 13 April ini dan keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut," katanya.

Pada masa sama, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search