OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Bantuan awal RM1.4 juta diserah kepada 219 mangsa

Bantuan awal RM1.4 juta diserah kepada 219 mangsa

Subang Jaya: Sebanyak RM1.4 juta bantuan awal oleh kerajaan dan Petronas diserahkan kepada 219 mangsa tragedi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini, semalam.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata, ia membabitkan jumlah RM5,000 kepada pemilik kediaman yang musnah sepenuhnya serta RM2,500 kepada mereka yang sedikit terjejas.

“Sumbangan ini sedikit-sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mangsa dan keluarga mereka yang terjejas akibat tragedi itu, terutama umat Islam yang sedang menyambut hari raya Aidilfitri.

“Walaupun tiada kehilangan nyawa namun kemusnahan harta benda sangat besar. Kerajaan Madani, kerajaan negeri dan agensi berkaitan berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau sebelum itu mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan kepada 191 mangsa yang hadir pada majlis penyampaian sumbangan di Dewan Masyarakat, Putra Heights di sini.

Turut hadir Pegawai Daerah Petaling, Huzunul Khaidil Mohammed dan Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Amirul Azizan Abd Rahim.Mengulas lanjut, Azman berkata, kerajaan amat mengalu-alukan

sumbangan pihak swasta dan syarikat korporat menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu kesemua mangsa tragedi. Beliau berharap lebih ramai pihak yang akan tampil membantu mangsa.

Seorang penerima, Ahmad Baharudin Hamid, 56, bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaaan dan Petronas walaupun kerugian dialaminya mencecah RM2 juta.

Jurutera syarikat minyak dan gas itu berkata, ia dapat meringankan beban keluarganya bagi membaik pulih rumah serta kenderaan yang rosak teruk. “Ketika ini, saya bersama isteri dan empat anak masih tinggal di PPS (pusat pemindahan sementara) kerana rumah kami sudah musnah sepenuhnya.

“Apabila ada bantuan ini dapatlah menampung kos pembaikan sikit. Saya pun tidak tahu sampai bila akan tinggal di situ. Saya menantikan tindakan seterusnya daripada kerajaan dan pihak berkaitan mungkin ada bantuan melantik kontraktor atau bantuan kewangan lain,” katanya.

Sementara itu, Ong Yaw Kern, 51, juga mengharapkan bantuan seterusnya daripada pihak bertanggungjawab dalam membaik pulih kediamannya yang musnah sepenuhnya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search