OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Pasukan SMART di Myanmar selamat tiba di tanah air

Pasukan SMART di Myanmar selamat tiba di tanah air

PUCHONG - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 47 tahun yang ditemui hidup selepas lebih 72 jam tertimbus akibat bencana besar yang melanda negara itu, baru-baru ini.

Penemuan mangsa yang masih hidup itu antara pencapaian dicatatkan pasukan yang terdiri daripada 50 anggota yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang enam hari menyertai operasi berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar berkata, pencapaian lain ialah berjaya mengeluarkan 10 lagi mangsa termasuk empat orang kanak-kanak yang meninggal dunia.

“Misi Operasi MyTeam Reflief ini telah memberi peluang kepada pasukan SMART menguji tahap kesiapsiagaan dan pematuhan kepada piawaian Heavy Urban Search and Rescue (USAR) antarabangsa.

 

“Kecekapan anggota SMART, penggunaan peralatan dan kelengkapan SAR yang canggih, kerjasama yang harmoni dengan pasukan tempatan serta keupayaan taktikal SMART mendapat penghargaan daripada pemimpin dan komuniti setempat.

“Ia juga membuktikan komitmen Malaysia terhadap prinsip kemanusiaan dan solidariti serantau dalam pengurusan bencana,” katanya ketika sidang akhbar selepas menyambut ketibaan pasukan MAS - 01 SMART NADMA Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar di Markas SMART, di sini pada Isnin.

Terdahulu, seramai 50 anggota pasukan berkenaan selamat tiba di tanah air pada jam 5 petang.

Kesemua pasukan yang terlibat mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dengan menaiki pesawat A400M milik TUDM sebelum di bawa ke Markas SMART di sini, dan disambut ahli keluarga masing-masing.

Sementara itu, Abdul Gapar dalam sidang akhbar sama turut memaklumkan kesemua anggota pasukan yang terlibat selesai menjalani saringan kesihatan sebaik tiba di tanah air dan disahkan berada dalam keadaan sihat.

Menurutnya, sepanjang enam hari penugasan, pasukan berkenaan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di 11 kawasan runtuhan yang kebanyakannya melibatkan struktur yang kompleks dan di luar keupayaan pasukan penyelamat tempatan.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search