OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

UNHCR mohon dana perkukuh sokongan kepada mangsa gempa bumi Myanmar

UNHCR mohon dana perkukuh sokongan kepada mangsa gempa bumi Myanmar

GENEVA: UNHCR, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), merayu dana berjumlah US$16 juta bagi membantu 1.2 juta mangsa yang terselamat daripada gempa bumi dahsyat di Myanmar minggu lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
 
Jurucakap UNHCR Babar Baloch berkata pihaknya akan menggunakan dana itu untuk memperluas usaha bantuan kecemasan, menguruskan pusat pemindahan sementara dan menyokong golongan rentan di enam wilayah terjejas sehingga akhir tahun ini.
 
Dalam seminggu sejak gempa bumi melanda wilayah tengah Myanmar, UNHCR telah menyalurkan bekalan sedia ada di dalam negara termasuk kepingan plastik dan set dapur untuk kira-kira 25,000 mangsa terselamat di Wilayah Mandalay, Sagaing dan Bago, selain ibu negara Naypyidaw dan sebahagian negeri Shan.
 
Sebagai sebahagian daripada respons antara agensi terhadap gempa bumi itu, UNHCR mengetuai bersama tindak balas mengenai tempat perlindungan, barangan bantuan kecemasan, penyelarasan kem dan perlindungan.
 
"UNHCR juga sedang menggerakkan bekalan dari gudang-gudang di Myanmar bagi membantu tambahan 25,000 mangsa, namun perlu mengisi semula stok dengan segera untuk memenuhi keperluan besar di kawasan terjejas gempa bumi, selain konflik empat tahun dan pemindahan penduduk," katanya dalam sidang media pada Jumaat di Palais des Nations di Geneva.
 
Jurucakap itu berkata dana tambahan akan membolehkan UNHCR mendapatkan dan mengagihkan kit perlindungan kecemasan serta barangan bantuan, selain menyediakan bantuan kepada mangsa terselamat pada minggu dan bulan awal proses pemulihan. Di kawasan yang mempunyai pusat pemindahan sementara, UNHCR akan menyelaras usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan dan mengurangkan risiko.
 
Melalui dana itu juga, UNHCR akan memperkukuh perkhidmatan perlindungan termasuk bantuan guaman, sokongan psikososial dan intervensi bagi kanak-kanak, wanita serta orang kurang upaya.
 
Usaha turut diteruskan bagi menyokong dan memudahkan akses kemanusiaan yang selamat ke kawasan terjejas melalui perkongsian tempatan, katanya.
 
-- BERNAMA
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search