OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

KPT kerah kepakaran kaunseling, perubatan bantu mangsa insiden Putra Heights

KPT kerah kepakaran kaunseling, perubatan bantu mangsa insiden Putra Heights

SUBANG JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengerahkan seluruh kepakarannya termasuk kaunseling dan perubatan bagi membantu mangsa yang terjejas dengan kebakaran paip gas bawah tanah di Putra Heights, di sini.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, bantuan kemanusiaan serta trauma turut ditumpukan kepada mangsa terutama kanak-kanak yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.

“Kita telah mengambil langkah untuk memastikan sebuah pasukan di bawah KPT dihantar dengan segera melibatkan pasukan perubatan daripada kalangan universiti-universiti yang mempunyai hospital.

“KPT juga menghantar team psikologi bagi membantu mereka yang menghadapi trauma. Mereka mengendalikan bukan hanya orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak.

“Selain itu, kita turut menghantar satu pasukan daripada Siswa Madani. Sukarelawan-sukarelawan ini kita himpunkan dari pelbagai universiti di seluruh negara termasuk dari Sarawak,” katanya kepada media selepas melawat PPS di sini hari ini.

Zambry berkata, KPT turut mengenal pasti pelajar-pelajar yang terkesan dengan insiden tersebut di mana bantuan yang diberikan bukan sekadar dalam bentuk wang tunai tetapi meliputi aspek-aspek lain seperti kemudahan komputer untuk pengajian serta urusan pendaftaran.

“Setakat ini kita mempunyai sembilan pelajar yang terlibat. Kita bersiap sedia untuk menghulurkan sebarang bentuk bantuan.

“Ia bukan setakat bantuan dalam bentuk cash, tetapi pendaftaran mereka juga pada Isnin nanti boleh dilonggarkan sedikit sekiranya ada kesulitan untuk mereka bergerak.

“Saya juga sudah maklumkan kepada pihak universiti supaya tempoh mereka mendaftar itu dapat dilanjutkan,” katanya. – 4 April, 2025

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search