OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kerajaan negeri cadang pindah mangsa ke tempat lebih selesa - Mohd Najwan

Kerajaan negeri cadang pindah mangsa ke tempat lebih selesa - Mohd Najwan

SUBANG JAYA – Kerajaan Selangor mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselesaan mangsa insiden kebakaran paip di Putra Heights dengan mencari penyelesaian penempatan lebih baik selain pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi, kerajaan negeri akan berbincang dengan pelbagai pihak, termasuk Petronas, bagi memastikan mangsa ditempatkan di lokasi lebih sesuai dan selesa.

Beliau menyuarakan kebimbangan apabila sesi persekolahan akan bermula minggu depan serta ibu bapa yang perlu kembali bekerja, PPS mungkin tidak dapat menyediakan keselesaan jangka panjang kepada mangsa.

“Saya akan berbincang dengan Menteri Besar serta agensi berkaitan untuk mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan kesejahteraan mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan ke PPS Putra Heights di sini pada Rabu.

 

Terdahulu, kebanyakan mangsa kebakaran paip gas yang ditempatkan di PPS Masjid Putra Heights meluahkan rasa syukur kerana menerima layanan baik serta kemudahan mencukupi.

Sehingga jam 3 petang Rabu, seramai 323 mangsa daripada 84 keluarga telah dipindahkan ke PPS bagi mendapatkan perlindungan sementara.

Menurut seorang mangsa warga emas, Yaacob Yusof, 74, walaupun masih terkejut dengan kejadian yang berlaku, mereka bersyukur kerana diberikan tempat tinggal selesa serta bantuan makanan dan keperluan asas.

Pihak berkuasa bersama badan bukan kerajaan (NGO) turut turun padang bagi memastikan semua mangsa menerima bantuan sewajarnya.

Sementara itu, siasatan mengenai punca kebakaran masih diteruskan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

 

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search