Letupan paip gas: Beberapa mangsa kebakaran dirawat di Hospital Cyberjaya
- Admin UKK
- Berita
CYBERJAYA: Beberapa mangsa insiden kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, telah dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk mendapatkan rawatan.
Selain itu, terdapat juga mangsa yang menerima rawatan di Hospital Putrajaya, Hospital Serdang serta Hospital Ampang.
Kesemua mangsa mengalami pelbagai tahap kecederaan dan masih dalam pemantauan pasukan perubatan.
Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor melaporkan, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan, termasuk luka di bahagian kaki dan sesak nafas akibat kejadian itu.
Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat mengenai keadaan mangsa serta perkembangan lanjut berkaitan insiden berkenaan.