OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Sekinchan dibadai puting beliung lagi

Sekinchan dibadai puting beliung lagi

SABAK BERNAM – Beberapa rumah rosak selepas bumbung diterbangkan dalam kejadian puting beliung di sekitar Sekinchan, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu turut menerbangkan bumbung sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) dan parkir masjid Sekinchan.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Samsol Maarif Saibani berkata, kejadian berkenaan insiden puting beliung tersebut berlaku ketika hujan lebat.

“Puting beliung tadi memang di kawasan Sekinchan. Keadaan angin dan ribut juga berlaku dalam masa sama.

“Beberapa buah rumah rosak serta sebuah sekolah agama di dalam kawasan masjid dan lot parkir rosak selepas bumbungnya tercabut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, hujan lebat berhenti kira-kira 4.40 petang ketika berkumandangnya azan asar.

Ini merupakan kejadian kedua puting beliung berlaku di kawasan Sekinchan dalam tempoh enam hari sejak 6 Mac lalu yang memusnahkan lapan buah rumah di Jalan Ban Lesen Parit 4. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search