OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV kembali beroperasi

Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV kembali beroperasi

KOTA BHARU: Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV yang ditutup semalam susulan khemah jualan rosak akibat hujan lebat dan ribut, kini sudah dibuka semula pada hari ini.

Menurut penganjur utama bazar Ramadan, Tun Ahmad Luqman Tun Mohamad, sebaik dimaklumkan mengenai insiden itu, pihaknya segera membaik pulih khemah yang rosak dan kerja-kerja pendawaian elektrik kurang dalam tempoh 24 jam bagi membolehkan bazar berkenaan kembali beroperasi seperti sedia kala.

Katanya, selepas semua kerosakan siap dibaik pulih, peniaga juga mula membuat persiapan untuk memulakan perniagaan mereka pada petang ini.

"Alhamdulillah janji kami sebagai penganjur kepada semua peniaga dan pelanggan dapat ditunaikan kerana kerosakan siap dibaik pulih lebih awal.

"Pada masa sama, kami sebagai pihak penganjur juga meminta maaf kepada peniaga di atas insiden yang berlaku dan berharap pengunjung akan kembali memeriahkan bazar Ramadan pada hari ini," katanya.

Sementara itu, peniaga bazar Ramadan, Nor Syazani Ikhwan Nor Zhahrulshah, 25, bersyukur kerana kerosakan di tapak bazar berkenaan dibaik pulih oleh pihak penganjur dengan begitu cepat.

"Saya dimaklumkan kesemua kerosakan itu siap dibaik pulih pada jam 1 pagi tadi dan kebanyakan peniaga bersyukur mereka dapat kembali mencari rezeki semula pada hari ini.

"Bagaimanapun, saya akan mula berniaga pada hari esok kerana perlu melakukan beberapa persiapan," katanya.

Semalam dilaporkan sebanyak 25 daripada 60 khemah jualan bazar Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV rosak akibat hujan lebat dan ribut awal pagi.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu menyebabkan lebih 40 peniaga kini resah apabila melihat gerai mereka rosak ditimpa khemah yang runtuh.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search