OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Cuaca mendung, hujan sekejap-sekejap di Selangor, KL, Putrajaya petang ini

Cuaca mendung, hujan sekejap-sekejap di Selangor, KL, Putrajaya petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan dalam tempoh yang pendek di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung seperti Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka pada petang ini.

Menerusi laporan cuaca di YouTube, MetMalaysia berkata, keadaan cuaca di empat negeri terlibat dalam suasana mendung.

“Kebarangkalian untuk berlaku hujan (sebelah petang) itu ada, kebanyakan tempat dalam keadaan agak mendung disertai dengan hujan sekejap-sekejap.

“Bagaimanapun ia akan beransur reda sedikit masa lagi,” katanya. Tambah MetMalaysia, keadaan kurang hujan di kawasan Semenanjung boleh berlarutan sehingga ke malam nanti.

Sementara itu, dalam laporan cuaca berlainan, MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Sarawak membabitkan bahagian Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

“Selain itu, di Sabah pula, keadaan sama tertumpu sekitar Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) sehingga pukul 7 malam ini,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search