OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

36 penduduk terjejas banjir dipindahkan ke PPS di Tanah Merah

36 penduduk terjejas banjir dipindahkan ke PPS di Tanah Merah

KOTA BHARU: Seramai 36 penduduk Kampung Kusial, Tanah Merah, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini selepas kampung mereka dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak kelmarin.

Mereka yang terdiri daripada 11 keluarga kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kulim.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa termasuk 11 kanak-kanak dan lima warga emas.

 Sebelum ini, hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu menyebabkan beberapa kawasan di Tanah Merah dan Kuala Krai mula dinaiki air.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search