Pemindahan utiliti, ambil alih tanah punca kelewatan pembinaan projek tebatan banjir
- Admin UKK
- Berita
KOTA KINABALU - Pemindahan utiliti dan pengambilan alih tanah antara faktor kelewatan pembinaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sabah.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kelewatan pembinaan projek tersebut bukan berpunca daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan kontraktor.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tapak projek RTB Kawasan Persekitaran Lido Bandaraya Kota Kinabalu, di sini, pada Isnin.
Katanya lagi, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM22 bilion untuk pembinaan RTB sebagai langkah proaktif bagi menanggani isu banjir di seluruh negara.
"Seperti di sini, banjir yang berlaku empat kali setahun jadi telah dilakukan beberapa langkah untuk mitigasi dan pakej-pakej tertentu telah dilaksanakan namun masih terdapat pakej pertama, dua dan empat yang sedang disenaraikan untuk dilakukan supaya masalah banjir di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dalam diselesaikan.
"Kita memerlukan kira-kira RM800 juta peruntukan tambahan yang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk pelaksanaannya," katanya.
Sehubungan itu, beliau turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati mengenai kesiapsiagaan dalam mengurus bencana yang berlaku di seluruh negara baru-baru ini.
"Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan semua agensi yang terlibat terutamanya jawatankuasa banjir di peringkat negeri dan daerah serta penglibatan sukarelawan pada tahun ini adalah terbesar," katanya.