OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir: 47 orang masih terjejas di Temerloh, Bentong pulih sepenuhnya

Banjir: 47 orang masih terjejas di Temerloh, Bentong pulih sepenuhnya

TEMERLOH, 20 Februari- Seramai 47 penduduk daripada 11 keluarga di Pahang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang di sini selepas kediaman mereka dinaiki air akibat limpahan Sungai Semantan awal pagi tadi.

Laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang menyatakan penduduk terjejas banjir itu adalah dari Kampung Insaf, Kampung Rantau Panjang, Kampung Jeragan dan Kampung Kuala Kaung.

Sementara itu, daerah Bentong pulih sepenuhnya selepas PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak Setia ditutup pada 2.00 petang tadi.

PPS tersebut sebelum ini menempatkan 140 penduduk daripada 47 keluarga.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search