OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia

SYDNEY, 16 Feb: Amaran banjir dikeluarkan di barat laut Australia selepas siklon tropika melanda pada Jumaat, membawa hujan lebat dan angin kencang, lapor Xinhua.

Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat (WA) berhampiran pekan kecil De Grey di Wilayah Pilbara,  barat laut negeri  itu sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat, beberapa jam lebih awal daripada jangkaan. Ia pada asalnya diramalkan melanda pantai pada waktu malam sebagai ribut kategori lima.

Kelajuan angin mencecah sehingga 220 kilometer sejam, manakala hujan melebihi 500 milimeter direkodkan di De Grey sebelum ribut itu melemah dengan cepat.

Pihak berkuasa pada pagi Sabtu menurunkan statusnya kepada bekas siklon tropika tetapi memberi amaran bahawa hujan lebat dijangka berterusan dan boleh menyebabkan banjir kilat.

Angus Hines dari Biro Meteorologi (BoM) berkata, jumlah hujan yang memecah rekod telah dilaporkan di beberapa bahagian pantai Pilbara.

“Akan terdapat kesan banjir yang ketara untuk beberapa hari akan datang dan penutupan jalan secara meluas dijangka berterusan sementara kerja-kerja pembersihan dijalankan,” katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

Angin kencang turut menumbangkan pokok di seluruh wilayah itu, namun sehingga pagi Sabtu, tiada laporan kerosakan besar atau kecederaan.

Beberapa pekan terputus hubungan selepas jalan ditenggelami air. Hines berkata, penutupan jalan secara ketara dijangka berlaku apabila paras air meningkat.

Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Kecemasan WA menggesa penduduk Pilbara supaya berhati-hati dengan bangunan yang rosak, air banjir serta tiang elektrik dan pokok yang tumbang. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search